:
Hal%20Ehwal%20Murid


 

Hal Ehwal Murid Sekolah Rendah Islam Al-Hafidz mempunyai tekad dan komitmen terhadap prestasi murid khususnya dari aspek akhlak dan sahsiah serta ketrampilan mereka. Atas dasar ini, matlamat dan objektif pengurusan HEM bertunjang kepada kebajikan, keselamatan dan akhlak serta disiplin murid sentiasa pada tahap yang baik serta berkualiti sehingga mampu memberi sumbangan kepada bangsa,agama dan negara. Kejayaan cemerlang sesebuah sekolah banyak bergantung kepada bagaimana sekolah menguruskan hal-hal berkaitan disiplin, sahsiah, dan komitmen murid-muridnya. Hal ini mendorong pihak sekolah untuk merancang dan melaksanakan pelbagai program yang dianjurkan oleh Bahagian HEM untuk mempastikan matlamat sekolah tercapai. Kerjasama yang erat antara semua guru dan murid mampu merealisasikan wawasan sekolah ini. Bidang tugas HEM Sri Al-Hafidz adalah seperti berikut:

 Mengurus disiplin pelajar 

oMenerapkan amalan dan nilai-nilai murni

oPenerapan peraturan dan undang-undang SRI Al-Hafidz

oMengendalikan kes-kes tatatertib di SRI Al-Hafidz

oPenyediaan rekod disiplin dan laporan pelajar

 Mengurus hal-hal bimbingan dan kaunseling 

oMemantau kaunselor melaksanakan Program Bimbingan dan Kaunseling

oMemastikan kaunselor menyediakan rekod bimbingan dan laporannya

 Mengurus hal-hal pentadbiran 

oMemastikan Buku Rekod Data Pelajar dikemaskini