Image Banner

SRU & UPKK PERTAMA SRI AL HAFIDZ

BANDAR SIERRA 13 OKT - SERAMAI 40 ORANG MURID SEKOLAH RENDAH ISLAM AL-HAFIDZ BANDAR SIERRA MENDUDUKI KERTAS PEPERIKSAAN UPKK & SRU BUAT PERTAMA KALI SEJAK SEKOLAH INI DITUBUHKAN. PEPERIKSAAN INI BERLANGSUNG SELAMA SEMINGGU BERMULA DARIPADA 13 OKTOBER HINGGA 17 OKTOBER.

'SERAMAI 40 ORANG MUIRD SRI AL-HAFIDZ TELAH LAYAK DAN KAMI AMAT BERSYUKUR SEMUANYA BERJALAN DENGAN BAIK WALAUPUN ADA SEDIKIT MASALAH', KATA MUDIR SRI AL-HAFIDZ USTAZ MOHAMAD RAZLIE BIN MOHAMAD OMAR.
BERBICARA TENTANG SRI AL-HAFIDZ, BELIAU MENJELASKAN BAHAWA ANTARA KANDUNGAN UTAMA SISTEM PENDIDIKAN YANG DITERAPKAN DISINI IAITU MELAHIRKAN GENERASI YANG BERLANDASKAN ILMU DAN KEIMANAN.

SELAIN ITU KATANYA, SEKOLAH INI JUGA MAMPU MENJAMIN MASA DEPAN YANG CERAH KEPADA MURID-MURID DENGAN PENEKANAN KEPADA SISTEM AKADEMIK YANG SAMA SEPERTI DI SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN.
BELIAU BERHARAP AGAR PENUBUHAN SEKOLAH INI MAMPU PERGI LEBIH JAUH DENGAN SOKONGAN DAN DOKONGAN MASYARAKAT UMAT ISLAM SELURUHNYA SEKALIGUS MEMBANTU MENYEDIAKAN PELUANG MENUNTUT ILMU AGAMA DI KALANGAN MASYARAKAT SABAH YANG DAHAGAKAN ILMU PENGETAHUAN.

LAGI

KELAB BOLA SEPAK SRI AL-HAFIDZ MENANG 6-5

BANDAR SIERRA, 29 OGOS – KELAB BOLA SEPAK SRI AL-HAFIDZ BANDAR SIERRA MENANG 6 BERBALAS 5 DALAM PERTANDINGAN FUTSAL PERSAHABATAN DI ANTARA SRI TUARAN YANG BERLANGSUNG KELMARINFUTSAL
BERTEMPAT FUTSAL COURT TAMBALUGU, TUARAN. PROGRAM YANG DIANJURKAN OLEH KELAB BOLA SEPAK SRI TUARAN MERUPAKAN SATU AKTIVITI YANG TERDEKAT DAN PERMULAAN BAGI KEDUA-DUA KELAB SEBELUM KE AKTIVITI YANG LEBIH BESAR PADA MASA AKAN DATANG.

MENURUT GURU PEMBIMBING KELAB BOLA SEPAK SRI AL-HAFIDZ, USTAZ SALMAN AMIN, TUJUAN UTAMA PROGRAM INI DIADAKAN ADALAH UNTUK MENGERATKAN SIRATURRAHIM DI ANTARA KEDUA-DUA PIHAK.

KATANYA, WALAUPUN TERPISAH JAUH DI ANTARA KEDUA-DUA SEKOLAH, NAMUN TAUTAN HATI MASIH TETAP WUJUD.

SELAIN ITU, IA JUGA MAMPU MENONJOLKAN BAKAT PELAJAR YANG TERPENDAM TERHADAP SUKAN BOLA SEPAK.

“ PROGRAM INI DIADAKAN BUAT JULUNG KALINYA DAN SERAMAI 15 ORANG PELAJAR SRI AL-HAFIDZ TERLIBAT DALAM FUTSAL PERSAHABATAN PADA KALI INI”, KATANYA.

PELAJAR SRI AL-HAFIDZ BANDAR SIERRA, BERTOLAK PADA JAM 2.3. PROGRAM SEJAM YANG BERMULA PADA JAM 3.30 HINGGA 4.30 PETANG, MENIMBULKAN SATU SUASANA SUKAN YANG HARMONI. TERLEBIH DAHALU SRI TUARAN MENDAHULUI PERMAINAN 2 MATA, SEBELUM SRI AL-HAFIDZ MENYAMAI 2 MATA SEHINGGA MASA TAMAT. PERLAWANAN DITENTUKAN DENGAN PENALTI, SRI AL-HAFIDZ MENANG PENALTI 6 BERBALAS 5.

UNTUK MELIHAT GAMBAR SEPANJANG PERLAWANAN, SILA KLIK DI SINI.

MARILAH KITA MENAMBAHKAN AKAUN AKHIRAT DENGAN MEMBERI SUMBANGAN BAGI MENJAYAKAN DAN MEMPERTINGKATKAN SRI AL-HAFIDZ. SEBARANG SUMBANGAN UNTUK SRI AL-HAFIDZ BOLEH DIHULUR KE AKAUN ATAS NAMA SEKOLAH AGAMA RAKYAT AL-HAFIDZ MELALUI:

I)BANK ISLAM NO AKAUN 100 160 100 782 10

II)MAYBANK ISLAMIK NO AKAUN 560 214 005 477

III)BANK MUAMALAT NO AKAUN 1001-0002266-71-8

LAGI

TAHNIAH ADIK AFIFAH DAN NABIHAH

BANDAR SIERRA, 26 OGOS - PIHAK SEKOLAH SRI AL-HAFIDZ MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA DUAAFIFAH NABIHAH
PELAJAR SRI AL-HAFIDZ YANG TELAH MENYERTAI MAJLIS IHTIFAL KAFA PERINGKAT PANTAI BARAT SELATAN, BERTEMPAT DI AUDITORIUM KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN SABAH PADA SABTU LALU.

DUA PELAJAR TERSEBUT IALAH ADIK AFIFAH ISMAHANI TAMIN,9 WAKIL PERTANDINGAN PIDATO DAN ADIK NURUL KHADEEJA NABIHAH NORDIN,10 WAKIL PERTANDINGAN TILAWAH AL-QURAN.

DALAM PERTANDINGAN TERSEBUT, ADIK AFIFAH ISMAHANI TELAH MENDAPAT TEMPAT PERTAMA, TAJUK PIDATO ‘BERBAKTI KEPADA ORANG TUA’.

BELIAU TERBAIK DARIPADA 5 PESERTA, TELAH MEMBAWA PULANG WANG TUNAI, PIALA BESERTA SIJIL. ADIK AFIFAH BERBAKAT DALAM BIDANG PIDATO, SYARAHAN DAN BECERITA. SEBELUM INI, BELIAU MENDAPAT TEMPAT KE-3 PERTANDINGAN BECERITA ADIKU SABAH FM MUSIM KE-2.

MANAKALA, ADIK NURUL KHADEEJA NABIHAH NORDIN TELAH MENDAPAT TEMPAT KE-4 DALAM PERTANDINGAN TILAWAH AL-QURAN, MEMBAWA PULANG PIALA DAN SIJIL. UCAPAN TAHNIAH PENCAPAIAN YANG DIRAIH WALAUPUN JULUNG KALI MENYERTAI PERTANDINGAN KAFA.

PROGRAM DIRASMIKAN OLEH USTAZAH HAJJAH NOORDIANAH ALWI, PENOLONG PENGARAH PENGARAH (UNIT KAFA) JAKIM CAWANGAN SABAH .

UNTUK MELIHAT GAMBAR SEPANJANG PROGRAM, SILA KLIK DI SINI.

MARILAH KITA MENAMBAHKAN AKAUN AKHIRAT DENGAN MEMBERI SUMBANGAN BAGI MENJAYAKAN DAN MEMPERTINGKATKAN SRI AL-HAFIDZ. SEBARANG SUMBANGAN UNTUK SRI AL-HAFIDZ BOLEH DIHULUR KE AKAUN ATAS NAMA SEKOLAH AGAMA RAKYAT AL-HAFIDZ MELALUI:

I)BANK ISLAM NO AKAUN 100 160 100 782 10

II)MAYBANK ISLAMIK NO AKAUN 560 214 005 477

III)BANK MUAMALAT NO AKAUN 1001-0002266-71-8

LAGI

QASIDAH NUR QALBI DI SMK BANDARAYA

BANDAR SIERRA, 1 OGOS – SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDARAYA TELAH MENJEMPUT KUMPULAN QASIDAH NUR QALBI SRI AL-HAFIDZ MEMBUAT PERSEMBAHAN SEMPENA MAJLIS IHYA RAMADHAN PADA 26 JULAI LALU.

QASIDAH SRI AL-HAFIDZ YANG DIBIMBING OLEH USTAZ RAZLIE DAN USTAZ JUNAIDY TELAH MEMPERSEMBAHKAN EMPAT LAGU IAITU SELAWAT THOBIBIYAH, YA IMAMARUSHLI, YA HANANA DAN SHOLATUN BISALAMIL MUBIN.

KUMPULAN NUR QALBI DITUBUHKAN PADA OKTOBER TAHUN LALU DAN DIANGOTAI OLEH 25 ORANG PELAJAR YANG TERDIRI DARIPADA PELAJAR TAHUN 3 DAN 4.

SEJAK PENUBUHAN, KUMPULAN INI TIDAK PUTUS-PUTUS MEMBUAT PERSEMBAHAN DI SEKITAR KOTA KINABALU. ANTARA TEMPAT YANG PERNAH DIHADIRI UMS, SM LA SALLE, MASJID BANDARAYA, MASJID AUSTRAL, SK, MUTIARA, SMAKK, KOLEJ YAYASAN SABAH, IKTIFAL KAFA KAWASAN SEPANGGAR, MAJLIS TILAWAH AL-QURAN/NASYID PERINGAT KEMENTERIAN KESIHATAN TUARAN,

SESIAPA YANG BERMINAT MENJEMPUT QASIDAH SRI AL-HAFIDZ UNTUK MEMBUAT PERSEMBAHAN DI MAJLIS-MAJLIS YANG ANDA ADAKAN. SILA HUBUNGI USTAZ RAZLIE (0148508505) ATAU USTAZ JUNAIDY (0198205381).

UNTUK MELIHAT GAMBAR SEPANJANG PROGRAM SILA KLIK DI SINI.

MARILAH KITA MENAMBAHKAN AKAUN AKHIRAT DENGAN MEMBERI SUMBANGAN BAGI MENJAYAKAN DAN MEMPERTINGKATKAN SRI AL-HAFIDZ. SEBARANG SUMBANGAN UNTUK SRI AL-HAFIDZ BOLEH DIHULUR KE AKAUN ATAS NAMA SEKOLAH AGAMA RAKYAT AL-HAFIDZ MELALUI:

I)BANK ISLAM NO AKAUN 100 160 100 782 10

II)MAYBANK ISLAMIK NO AKAUN 560 214 005 477

III)BANK MUAMALAT NO AKAUN 1001-0002266-71-8

LAGI

MANTAN PRESIDEN PMRAM LAWAT SRI AL-HAFIDZ

BANDAR SIERRA, 26 JULAI – MANTAN PRESIDEN PERSEKUTUAN MELAYU REPUBLIK ARAB MESIR (PMRAM), AL-FATHIL USTAZ SHAHRIZAN HAZIMIE BERSAMA ROMBONGAN TELAH KE SRI AL-HAFIDZ PADA 22 JULAI LALU.

KUNJUNAGN SULUNG BELIAU KE SEKOLAH RENDAH ISLAM DISAMBUT OLEH USTAZ SALMAN MOHD AMIN DAN BEBERAPA GURU MUSLIMIN.

DALAM LAWATAN BELIAU KE SRI, BELIAU SEMPAT MEMBERI CERAMAH KEPADA PEAJAR DAN GURU-GURU BERKENAAN HARI KIAMAT YANG MEMBERI KEINSAFAN KEPADA AUDIEN YANG MENDENGAR.

SELAIN ITU, KEDATANGAN BELIAU TURUT DIHIBURKAN DENGAN ALUNAN QASIDAH DARIPADA KUMPULAN NUR QALBI YANG KINI KERAP MEMBUAT PERSEMBAHAN DI MAJLIS-MAJLIS RASMI KERAJAAN DAN SWASTA.

BELIAU TURUT MENYERU AUDIEN UNTUK TURUT BERSELAWAT KERANA, KATANYA, DENGAN SATU SELAWAT ALLAH S.W.T AKAN MEMBERI RAHMAT DAN NABI AKAN MEMBERI SYAFAAT PADA HARI AKHIRAT.

BELIAU YANG JUGA PENGHAFAL AL-QURAN DAN HADIS MERUPAKAN TENAGA PENGAJAR DI MAHAAD DARUL HADIS, KEDAH.

UNTUK MELIHAT GAMBAR SEPANJANG LAWATAN BELIAU KE SRI, SILA KLIK DI SINI.

MARILAH KITA MENAMBAHKAN AKAUN AKHIRAT DENGAN MEMBERI SUMBANGAN BAGI MENJAYAKAN DAN MEMPERTINGKATKAN SRI AL-HAFIDZ. SEBARANG SUMBANGAN UNTUK SRI AL-HAFIDZ BOLEH DIHULUR KE AKAUN ATAS NAMA SEKOLAH AGAMA RAKYAT AL-HAFIDZ MELALUI:

I)BANK ISLAM NO AKAUN 100 160 100 782 10

II)MAYBANK ISLAMIK NO AKAUN 560 214 005 477

III)BANK MUAMALAT NO AKAUN 1001-0002266-71-8

LAGI

SK MUTIARA JEMPUT QASIDAH NUR QALBI BUAT PERSEMBAHAN

BANDAR SIERRA, 10 JULAI – SEKOLAH KEBANGSAAN MUTIARA TELAH MENJEMPUT QASIDAH NUR QALBI SRI AL-HAFIDZ MEMBUAT PERSEMBAHAN DI PROGRAM ISTIQBAL RAMADHAN PERINGKAT SEKOLAH TERSEBUT KELMARIN.

QASIDAH SRI AL-HAFIDZ YANG DIKETUAI OLEH USTAZ RAZLIE TELAH MEMPERSEMBAHKAN EMPAT LAGU IAITU SELAWAT THOBIBIYAH, YA IMAMARUSHLI, YA HANANA DAN SHOLATUN BISALAMIL MUBIN.
PERSEMBAHAN YANG MENARIK MINAT PELAJAR SEHINGGA MEREKA MENGIKUTI LAGU YANG DIPERSEMBAHKAN MEMBUATKAN SUASANA DEWAN CERIA.

KUMPULAN QASIDAH INI MEMPUNYAI 25 ORANG PELAJAR YANG TERDIRI DARIPADA PELAJAR BERUMUR 8 HINGGA 9 TAHUN DAN DILATIH DARIPADA 3 ORANG GURU IAITU USTAZ RAZLIE, USTAZ JUNAIDY DAN USTAZ ZAKARIA.

PROGRAM DIMULAKAN DENGAN NYANYIAN LAGU NEGARAKU, SABAH TANAH AIRKU, LAGU SEKOLAH DAN ASMA’UL HUSNA. SETELAH ITU, PENERANGAN RAMADHAN YANG DISAMPAIKAN OLEH USTAZ BASRI.

SETELAH MEMBUAT PERSEMBAHAN, AHLI KUMPULAN QASIDAH NUR QALBI TELAH DIBERI WANG SAGUHATI BESERTA SIJIL PENGHARGAAN DARIPADA PIHAK PENGANJUR.

SESIAPA YANG BERMINAT MENJEMPUT QASIDAH SRI AL-HAFIDZ UNTUK MEMBUAT PERSEMBAHAN DI MAJLIS-MAJLIS RASMI YANG ANDA ADAKAN. SILA HUBUNGI USTAZ RAZLIE DI TALIAN 0148508505 ATAU 088473978.

UNTUK MELIHAT GAMBAR SEPANJANG PROGRAM SILA KLIK DI SINI. MANAKALA UNTUK MELIHAT VIDEO SILA KLIK DI SINI

MARILAH KITA MENAMBAHKAN AKAUN AKHIRAT DENGAN MEMBERI SUMBANGAN BAGI MENJAYAKAN DAN MEMPERTINGKATKAN SRI AL-HAFIDZ. SEBARANG SUMBANGAN UNTUK SRI AL-HAFIDZ BOLEH DIHULUR KE AKAUN ATAS NAMA SEKOLAH AGAMA RAKYAT AL-HAFIDZ MELALUI:

I)BANK ISLAM NO AKAUN 100 160 100 782 10

II)MAYBANK ISLAMIK NO AKAUN 560 214 005 477

III)BANK MUAMALAT NO AKAUN 1001-0002266-71-8

LAGI

ULAMA MADINAH SERTA ROMBONGAN LAWAT SRI AL-HAFIDZ

BANDAR SIERRA, 10 JULAI – ULAMA DARIPADA MADINAH, SHEIKH HABIB UMAR ABDUR RAHMAN AL-JUFRI BESERTA ROMBONGAN TELAH KE SRI AL-HAFIDZ PADA 2 JULAI LALU. TUJUAN UTAMA LAWATAN BELIAU KE SRI AL-HAFIDZ ADALAH UNTUK MELIHAT SEKOLAH RENDAH ISLAM PERTAMA YANG BERTAPAK DI NEGERI INI.

SEPANJANG LAWATAN, BELIAU SEMPAT MENGIMAMI SOLAT ZUHUR SERTA MEMBERI TUNJUK AJAR WARGA SRI AL-AL-HAFIDZ BAGAIMANA SOLAT DENGAN SEMPURNA. BERMULA DARI TAKBIRRATUL IHRAM SEHINGGA SALAM. KESEMUA DITERANGKAN SECARA TERPERINCI.

“SOLAT TANPA WHUDU, SOLAT TIDAK AKAN SAH, TETAPI AMALAN YANG LAIN TANPA WHUDU PUN TIDAK MENGAPA”. KATANYA.

SELAIN MENDIDIK AUDIEN TENTANG SOLAT, BELIAU JUGA TELAH MENDOAKAN KESELAMATAN DAN KESEJEHTERAAN WARGA SRI AL-HAFIDZ AGAR MAJU DAN MAMPU MELAHIRKAN UMMAH YANG BENAR-BENAR FAHAM ISLAM.

BELIAU TURUT MENGINGATKAN AUDIENS AKAN PERINTAH ALLAH, SAYANGI IBUBAPA, SAYANGI GURU DAN JAGA TUBUH BADAN (KESIHATAN).

SELEPAS BELIAU MEMBERI CERAMAH KEPADA WARGA SRI AL-HAFIDZ, BELIAU SEMPAT BERJUMPA DENGAN USTAZ JUNAIDY DAN ENCIK AHMAD FAUZI MEMBINCANGKAN TENTANG BEBERAPA HAL BERKAITAN SEKOLAH.

ANTARA YANG DIBINCANGKAN BERSAMA, BELIAU BERHARAP SUPAYA MURID SRI AL-HAFIDZ MENJADI INSAN YANG AKAN MEMBANGUNKAN UMMAH PADA MASA AKAN DATANG.

BELIAU JUGA TELAH MENYUMBANGKAN WANG BERNILAI 200 DOLAR KEPADA PEGAWAI KEWANGAN SRI AL-HAFIDZ.

UNTUK MELIHAT GAMBAR SEPANJANG LAWATAN SHEIKH HABIB UMAR ABDUR RAHMAN AL-JUFRI SILA KLIK DI SINI.

Image News
Image News
Image News
Image News

Image Banner