:
PENGENALAN


SEKOLAH RENDAH ISLAM Al- Hafidz dengan mottonya “Membina generasi Al-Quran”, berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Sabah pada tahun 2010. SRI ALHAFIDZ dikendalikan bagi memenuhi tuntutan fardu kifayah yang mana merupakan antara sekolah tahfiz yang kedua dibuka di Sabah untuk memberi peluang kepada Ibu bapa yang menginginkan anak-anaknya menjadi hafiz dan hafizah disamping berkerjaya profesional kelak dan bukan bertujuan memperoleh keuntungan. Pengambilan pelajar untuk tahun 2011 merupakan pengambilan sulung dan seterusnya pada setiap tahun. Kini seramai 130 pelajar sedang giat menghafaz di SRI Al- Hafidz dalam pelbagai tahap hafalan.

MATLAMAT

  • Melahirkan para hafiz yang berakhlak mulia, serba boleh dan berketerampilan.
  • Menjadi empayar Pusat Kejayaan Al-Quran di dunia dan akhirat (Qur’anic Center for Success).
 
BUDAYA KECIL SRI Al- Hafidz

SRI Al-Hafidz berusaha mewujudkan dan mengimplimentasikan budaya kecil yang berlandaskan:

  • Kecintaan yang mendalam terhadap agama Islam.
  • Kasih sayang dan kemesraan.
  • Berakhlak mulia dan hormat menghormati.
  • Persekitaran yang sentiasa membentuk ketakwaan.
  • Kecintaan yang mendalam terhadap ilmu
  • Menyuburkan minat untuk menyumbang ke arah pembangunan umat berlandaskan syariat Islam.
 

KONSEP ASAS SRI Al-Hafidz SRI Al-Hafidz diasaskan kepada konsep “pendidikan Islam bersepadu” di mana kurikulum penghafalan Al-Quran adalah teras, dengan diimbangi subjek akademik sebagai persediaan pelajar yang akan menduduki UPSR. Pelajar juga diajar subjek Bahasa Arab dan Ulum Al-Syariah seperti yang diajar di Sekolah Rendah Islam yang lain.
 

LULUSAN SRI Al-Hafidz
Lulusan SRI Al-Hafidz dibentuk agar mampu memaparkan imej berikut: Komited kepada agama. Berpersonaliti Muslim sejati. Arif ilmu Al-Quran di samping tidak jahil ilmu dan kemahiran duniawi.

 
  • Memiliki keupayaan dan kemahiran memimpin.
  • Bijak berpidato, menguasai dengan baik Bahasa Arab, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.
  • Menjadi pemimpin yang mendokong syariat Islam.
 
KAMPUS SRI Al-Hafidz
Keseluruhan pembelajaran SRI Al-Hafidz diadakan di Kelas yang telah diubahsuai dari sebuah deretan bangunan kedai dua tingkat manakala para pelajar akan hadir untuk belajar dari Subuh sehingga jam 5 petang setiap hari Isnin ke Jumaat.